Infaq2u.com adalah platform sumbangan untuk membantu program-program yang diuruskan oleh NGO Persatuan Dakwah Online bersama MengajiOnline.com untuk menyebar-luas mesej al-Quran kepada masyarakat.
Oleh kerana Pusat Dakwah Online tidak mempunyai dana atau sumber pendapatan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah khususnya melalui platform online, maka kami membuka ruang kepada mana-mana insan di luar sana yang ingin turut serta bersama kami secara sukarela bagi melakukan kerja-kerja dakwah.
Pelbagai program yang kami sediakan di ruangan infaq beserta dengan pelan tindakan (action plan) untuk setiap gerak kerja dakwah yang kami jalankan.
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah Al-Baqarah: 271)
“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.“
(Surah Al-Baqarah: 265)
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.“
(Surah Al-Baqarah: 274)
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Surah Al-Munafiqun: 10)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solleh yang selalu mendoakannya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (288)
Semua projek-projek dakwah di bawah platform Infaq2u.com adalah projek yang diselia-urus oleh Persatuan Dakwah Online dan MengajiOnline.com sahaja. Mana-mana program dakwah yang tidak dipantau atau diurus-selia oleh pihak Persatuan Dakwah Online atau pihak MengajiOnline.com, tidak akan dimasukkan di platform infaq2u.com ini.
Harta yang kita tinggalkan setelah kita mati, akan menjadi milik orang lain. Hanya sedekah, infaq, dan amal jariah yang kita lakukan ketika hidup akan jadi milik kita.
Semoga dengan platform ini, kita dapat membina saham akhirat yang lebih berpanjangan.
Amin ya Allah. Amin…