Memberi Kepada Ahli Keluarga Itu Lebih Utama

Anas berkata: “Abu Talhah adalah penduduk asal Madinah. Beliau mempunyai kebun kurma yang banyak. Antara kebun-kebunnya itu, yang paling disukainya adalah kebun Bairuha, yang berdepan dengan Masjid Nabi di Madinah. Nabi Muhammad SAW suka masuk ke kebun itu dan minum air telaganya yang nyaman.

Kata Anas lagi: Ketika turun ayat suci yang bermaksud: Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu menafkahkan apa yang kamu sayangi. Abu Talhah bangun dan melangkah mendekati Nabi Muhammad SAW lalu berkata: Wahai utusan Tuhan, Allah menerangkan: Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu suka menafkahkan apa yang kamu sayangi. Percayalah, harta yang paling saya sayang adalah kebun Bairuha. Dengan ini saya sedekahkan kebun saya itu bagi kepentingan agama Allah. Saya mengharapkan kebaikan dan sebagai simpanan di sisi Allah. Wahai utusan Allah, gunakanlah kebun itu seperti mana yang Allah beritahu tuan.

Dahulukan keluarga

Nabi Muhammad kemudian bersabda: Sungguh! Kebun itu adalah harta yang banyak keuntungannya. Saya sudah mendengar apa yang saudara katakan. Pada pendapat saya, sebaiknya kebun itu saudara sedekahkan kepada kaum keluarga saudara. Abu Talhah menjawab: Baiklah, wahai utusan Allah, saya akan lakukan itu. Selepas itu Abu Talhah membahagikan kebun Bairuha kepada keluarga dan anak saudaranya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan bersedekah kerana Allah SWT memang digalakkan, tetapi adalah lebih baik jika pemberian itu diberikan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang sangat memerlukan bantuan kita.

Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: Berita Harian

Similar Posts

  • Mengungkit, Sakiti Hati Penerima Rosakkan Pahala Sedekah

    Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (Surah al-Baqarah, ayat 264) Al-Quran mengemukakan contoh infak…

  • Pelaburan Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat

    Kebanyakan orang sedar pentingnya pelaburan. Pelaburan dalam pelbagai bentuk seperti saham, hartanah atau wang ringgit sejak muda adalah impian setiap orang agar kehidupan hari tua agak senang dan kukuh dari aspek kewangan. Tidak hairan jika kini orang berlumba-lumba menambah pelbagai bentuk harta khususnya hartanah dan saham sebagai cagaran untuk masa depan. Secara umum, teori pengumpulan…

  • Usah Lalai, Hanyut Kemewahan Dunia

    Sesungguhnya orang beriman diibaratkan seperti satu jasad. Setiap anggota saling bantu membantu antara satu sama lain. Mereka saling berkongsi kegembiraan sesama tetangga dan menghulurkan bantuan jika ada dalam kalangan mereka yang ditimpa musibah atau kesusahan. Inilah antara sifat orang beriman yang perlu dijalinkan untuk membentuk kekuatan menjana perubahan. Hasilnya, lahirlah masyarakat harmoni yang berkasih sayang…

  • Bercakap Perkara Baik Juga Sedekah

    Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Menurut Imam al-Nawawi, hadis itu menganjurkan supaya berbicara hal yang baik. Apabila dia masih ragu kemaslahatan itu, maka hendaklah dia diam. Menerusi rancangan Tarbiah di IKIMfm yang bersiaran setiap Jumaat, jam…

  • Isu ‘Sedekah Subuh’

    1- Benarkah bersedekah pada waktu subuh mempunyai kelebihan khusus berbanding bersedekah pada waktu-waktu yang lain ? 2- Dalil yang mungkin menjadi sandaran bagi kenyataan ini ialah sebuah hadis, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا Maksudnya…